Thursday, 3 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung Blog 'LEARN FOR LIFE'. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Tahun 2013 kepada semua, semoga tahun ini akan lebih memberikan kehidupan yang lebih bermakna untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T.

Picture from Google

Kepada semua anak didik di Politeknik, selamat menempuh semester DISEMBER 2012 dengan penuh keazaman yang tinggi dan tekad yang kuat untuk mencapai kejayaan baik dalam pelajaran mahupun kejayaan dalam kehidupan sebagai seorang insan di dunia ini.  Ingatlah bahawa sekiranya kita inginkan sesuatu KEJAYAAN kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya kerana seperti kata pepatah 'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.  Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini mestilah bermatlamat dan diiringi dengan usaha serta doa sebagai pelengkapnya.  Percayalah sekiranya kita IKHLAS dalam hidup ini ALLAH akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita telah usahakan.


Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang mengunjungi BLOG ini dan mereka yang  telah menjadi FOLLOWER saya.  Semoga maklumat yang saya kongsikan di dalam BLOG 'LEARN FOR LIFE' ini memberikan manafaat kepada kita semua.  Di sini juga saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat yang membina dari anda semua kepada BLOG ini dan saya akan cuba memperbaikinya dari masa ke semasa.


Akhir kata,
Selamat menempuh TAHUN 2013 kepada semua dan semoga apa yang telah diazamkan untuk tahun ini berjaya dilaksanakan dan mendapat KEREDHAAN dari ALLAH S.W.T.


No comments:

Post a Comment